Showing posts with label majlisaqiqahbabyNZ. Show all posts
Showing posts with label majlisaqiqahbabyNZ. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Majlis Aqiqah BabyNZ (^_^)

Assalamualaikum semua...selamat malam.. hehe memang tyme untuk hapdate blOg.. yang sesuai masa ini adalah waktu malam.. memandangkan anak pun tidO lena.. kalau siang..hmm.. jgn harap.. sekejap je die nak tido selebihnya.. bermain.. hehe..

actually nak hapdate post ni semalam.. dek kerana semalam membawa dak kecik tu g klinik.. so tertunda la hapdate pada hari ni.. ala lewat sehari je kan.. ehee.... aci lah tu kan sebab kte da kerap hapdate hoho... ok pOSt kali ni nak cerita mengenai Majlis Aqiqah Muhammad Naufal Zarif yang actually dirancang.. semasa daku sedang berpantang .. segala2nya dari tema.. pelamin.. everything la rancang masa dalam pantang tu.. :)

sO memandangkan tidak cukup waktu, first thing yang aku fikir adalah untuk carik orang marhaban.. mula2 nak orang perempuan yang siap ada kompang2 nyanyi2 tu kan.. tp dorang dah fully booked.. sob2.. nak wat cmne.. carik punye carik akhirnya jumpelah kumpulan marhaban lelaki yang bole dikatakan veteran2 la sume tu hahaha...

secOnd thing.. adalah kambing !!! kambing untuk diaqiqahkan bagi babyNZ memang dah niat.. 2 ekor.. tapi dek kerana abah nak spOnsOr seekor.. so daku dapat save budget sikit kat situ.. muahaha.. maklumlah cucu first katanye huhu.. sO seekor kambing gOlek.. dan seekor lagi dimasak gulai.. haaa bab masak2 ni terserah pada mak aku yang tukang masak lauk2 pada majlis tersebut di samping makcik2 sedara yang turut tolong menolong la..

yang ketiga pula terus aku memikirkan tema warna untuk majlis aqiqah tu nanti..actually aku nak pilih kaler oren.. tapi dek kerana encik hubby nak kaler oren untuk hari raya maka nya last chOice aku adalah gabungan purple dan mint green.. sO lepas da decide tema warna barulah aku terhegeh2 carik pelamin, jurugambar dan khemah.. alhamdulilllah naseb baiklah sumenye dapat dan masih available huhu...

ok la tanpa membuang masa nak cerita panjang-panjang korang layan gambar je la ek.. sebabnya daku buat pOSt ni pun tanpa part..buat sekali senang.. sO entry ni agak panjang juga ler kalau malas nak baca scrOll je ataupun klik pangkah kat belah atas kanan tu huhu...



abah saya yang belah kanan tu.. :)

nenek saya yang comel tu ehee :)

act.. khemah takde kaler mint green so die replace ngan biru turqoise.. boleh la dr takde haha



hai syg ummi :)

kambing tergolek golek hehe




putera sedang beradu :P


tanx adek2 tolong support bahagian candy buffet ni huhu good job!!










my family :)

hoho baca tak sampai habis ni?? tengok tak gambar satu2? muahaha mesti ada skip2 kan.. yOla panjang kan entry ni .. huhu takpela janji ade orang sudi jenguk singgah blOg usang ni pun da suka sangat.. taw.. huhu ok la semoga berjumpa lagi di next entry... till then takecare and nyte guys !!

p/s : next entry nak cite sal ape ek? huhuhu tungguuuu.....

Saturday, October 25, 2014

First Outing With My BabyNZ ^_~ (Part 1)

Assalamualaikum semua..

hai blog daku yang kusam.. dan tak bermaya.. bersawang dan usang !!! hahaha. pergghhh lama gila gila tak menghapdate blOg.. janji di sini nak hapdate sentiasa tapi hampeh.. maafkan daku.. maafkan diriku.. sesunnguhnya memang daku tak sengaja. percayalah... :)

Memiliki anak.. anugerah yang terindah dari Allah ini membuatkan diri ini sangat menghargai masa yang ada...disebabkan itu jarang lah masa dihabiskan dekat blog ini.. cbe kire.. rasa-rasanya dah 6 bulan tinggal kan blOg ini tanpa berhapdate.. !! hoho..

so memandangkan hari ni terasa diri rajin dan nak hapdate dari semasa ke semasa perkembangan diri ini.. so marilah kita menyambung story mory yang tertunggak dulu sepanjang 6 bulan ni ye.. hahaha.. lepas da abes story mory tu baru lah daku cite kan keadaan sekarang pada diri daku.. :p ( itu pun kalau sempat nak cerita semua la.. haha)

ok first sambungan dari entry yang lepas berkenaan baby NZ, kalau korang baca mesti tahu la kan kisah babyNZ yang pasal demam kuning dia... pasal kemaluan dia.. dan pasal kepala dia.. dan alhamdulillah semua tu memang tiada apa2 yang merisaukan diri daku.. syukur ya Allah.. !!

so entry kali ini daku nak ceritakan berkenaan kali pertama daku membawa babyNZ keluar berjalan... actually, tujuan utama bukan untuk berjalan pun tapi lebih kepada survey dan mencari bahan-bahan dan baju untuk kenduri aqiqah babyNZ (ok yang ni aku akan ceritakan selepas entry ini ok) stay tune... :)

Memang pengalaman pertama yang sangat2 memberi pengajaran.. memberi ilmu macam mana nak handle baby yang kecil tu dekat luar.. nasiblah keluar sekejap je.. tak berani nak bawa dia keluar lama-lama memandangkan dia masih kecil lagi..

So masa keluar tu memang daku betul-betul habis berpantang.. hari ke 45 kalau tak silap... see... memang baru sangat kot... nasib baiklah tak jadi apa-apa pada daku.. bentan ke ape.. huhu.. kalau tak mahu berpantang balik semula.. tapi daku keluar pun tak berani nak makan dan minum apa2 yang tak bole daku makan dan minum :)

 Masa habis je berpantang berat badan turun hampir 20 kg.. hoho.. ni lah hasil berpantang namanya !! tapi hasil hanya tinggal hasil yang tidak kekal dek kerana nafsu.. nafsu yang ditahan2 dalam pantang tu ke lepaskan selepas habis berpantang.... natijahnya berat badan nek semula.. haha macam sia2 je berpantang kan kui3...

sO korang boleh layan la gambar-gambar kat bawah ni .. tengok betapa daku kurus masa itu.. kalau tengok gambar sekarang.. mau pengsan !! hahaha.. ok la malas nak cite pepanjang sangat.. meh layan gambar2 naa



see..kurus kan... hahaha... kurus hanya sekejap kui2..
gambar kat atas ni dekat jakel shah alam tengah pilih baju melayu untuk suami dan baju kurung untuk aku pakai masa akikah nanti... beli yang dah siap je.. senang .. nak tempah memang tak sempat dah... owh lupa tema...majlis akikah adalah purple + mint green... sO i anak beranak sedOndOn purple.. eheee :)



oh ok gambar kat atas ni pulak dekat MYdin USJ Subang.. tengah carik paper bag untuk isi berkat masa majlis aqiqah babyNZ.. carik yassin.. dan bunga telur... alhamdulillah semua nya jumpe dekat sana mengikut warna tema yang diingini !! :)

sempat lagi an :p

dekat Mydin USJ tu tak taw baby rOOm katne.. ade ke takde tak dan nak mencarik... babyNZ dah nangis2 dengan kuat sekali huhu terus je caik pOrt yang agak tersOrok dari pandangan ramai untuk nyusukan dia.. adehhhh dah la first experience kan.. :P



yeayyy!!!!! saya dah ada strOller barulah nyenyak tidO eheee.. 


candid Ok !!! huhu



ok gambar2 yang atas ni pulak last destinasi kami untuk hari tersebut.. iaitu ke Sunway Pyramid.. perasan tak masa kat Mydin USJ tu babyNZ x letak kat dalam strOller.. huhu sempat strOller pun tak sempat nak bei masa  sebelum babyNZ lahir.. huhu last2 nenek belikan dekat AEON Sunway Pyramid tu.. haaa bole la... terima kasih nenek.. belanje strOller eheee...untuk cucu.. ngeeee :P

sO dekat Sunway Pyramid tu kitorang cuma nak beli cOklat untuk chocolate mountain yang ada strawberry and buah2 yang sesuai.. untuk kudapan para tetamu masa majlis aqiqah babyNZ.. huhu.. sO nenek sempat lagi grab pampers Drypers untuk saiz2 yang berlainan utk cucu nya.. al maklumlah babyNZ ni cucu sulung.. hmmmm memang cucu kesayangan lerrr..


p/s : next entry sebelum cerita pasal majlis aqiqah babyNZ daku akan ceritakan part beli barang  preparation utk majlis aqiqah dan bawah babyNZ keluar lagi area KL pula.. nak taw.. dan nak tengok gambar.. tunggguuu.. in shaa Allah akan cuba cepat2 untuk hapdate.. :) till then.. takecare guys !!! x-0-x-0